Pages

Thursday, 15 March 2012

kualiti hati kt bagaimana...~~~


Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia.
Sekiranya hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan.
Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.
Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.
Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.
Lihat sahaja Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin (Tunisia), Ghaddafi (Libya) yang tidak cukup-cukup dengan kuasa atau Tiger Woods yang tidak cukup-cukup dengan wanita.
Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjurumuskan mansia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakuya penzinahan, rasuah, ketagihan dadah, arak dan sakit jiwa dikalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya.

Apabila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan. Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.
Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.
Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah...~~~

cinta atau nafsu???..bhati2 buat si hawa renung2 kn...~~


"Saya benar-benar cintakan awak" bicara si lelaki.
"Emm, Apalah buktinya?" duga si gadis.
"Awak, saya sanggup korbankan segalanya demi awak. Lautan api sanggup saya redah.." sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.
Situasi lain:
"Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?"
"Aku tak dapat terima cinta dia la sebab hati aku ni tak de feel langsung kat dia.."
C.I.N.T.A
Cinta.
Sayang.
Suka.
Minat.
Tangkap cintan.
Dan pelbagai lagi istilahnya ini menjurus kepada perasaan 'syok' seseorang kepada seseorang yang lain.
Rata-rata yang sering membicarakan soal CINTA atau lebih tepat lagi di sini cinta sesama makhluk yang berlawanan jenis ini adalah dari kalangan remaja.
Remaja dan Cinta. Ibarat isi dengan kuku. Bagai tidak dapat dipisahkan. Namanya remaja 'surely have an experience about LOVE'!
Namun, adakah kita benar-benar faham dengan istilah cinta ini?
Adakah CINTA atau ia hanya NAFSU (keinginan hati) semata-mata?
Kenapa di sini saya kaitkan antara nafsu dan cinta?

Dalam Islam mengajar uda dan dara bagaimana untuk cinta dan berkasih sayang.  Islam isperfect! Soal cinta pun ada.
Buktinya:
Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.
Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)
Cinta kerana Allah ini sudah pastinya dihiasi dengan ketaatan terhadap setiap suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-NYA.
Cinta yang halal bagi seorang lelaki dan perempuan adalah melalui pernikahan.
Lalu bagaimanakah? Adakah anda bersedia menetapkan hati agar mencinta si dia hanya kerana Allah?
Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.
Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah:
Pernikahan yang bagaimana?
Adakah cukup dengan perasaan 'suka-suka'?
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia."  Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.
Inilah jawapannya!

Mencintai seseorang di sisi Islam bukanlah "dari mata turun ke hati" tetapi ianya dari IMAN.
Cinta yang berlandaskan material semata belum tentu mendapat redho Allah.
Cinta yang selalu mengutamakan "apa yang dirasa oleh hati" tanpa berbalik kepada persoalan agama inilah yang selalu membawa kecundang di kemudian hari.
Tetapi, jika yang mendahului cinta itu adalah iman dan 'ilmu agama yang sentiasa mendorong 'aqal agar bijak memilih pasti Allah sentiasa meredhoi perasaan yang wujud itu.
Wallahua'lam.. semoga Allah Memudah kn jalan bg hamba2 Nya..ameeen...^-^..

adam..kenali lah hawa..tolong...!


Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"
Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.
Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.
Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.
Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam....^-^..